Saturday 15 August 2015

APEL - MQA (Malaysian Qualification Agency)


Berhabuk dah blog den niey haa, ampun maaf dipinta, selamat hari raya diucapkan kpd pembaca blog semua,
(tu diaa,, da mcm ucapan menteri kawasan dah!)

Okay2, seperti yang telah tertulis di tajuk entry eka pada hari ini, eka nk explain sikit lah pasal APEL, pena dengar x? bukan APEL mcm gmb bawah niey tau..
niey APPLE / APEL , ;)
ok.. sambung cerita APEL niey maksudnya

APEL - ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING

Pperrghhh!! pa diaa plakk!!
baiklah sayang2 semua, mksudnya APEL ini membantu sayang2 semua mendapat sijil selayaknya seperti Diploma, Degree dan Master berdasarkan pengalaman kerja sahaja, ini merupakan salah satu usaha kementerian pelajaran utk membantu insan2 yg kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ttapi layak mendapat sijil,
Kadang2 sesetengah drpd kita lebih seronok bekerja drpd belajar, ye laa.. belajar dapat ape je kan? buku kena beli sendiri.. pencil, pen, buku nota, calculator, buku teks, nk print assignment.. ohmaigadd!! semua perlukan duit.. tapi adik2 semua kena ingat, APEL ini cuma bertujuan utk masuk ke IPT sahaja, bukan untuk dapatkan kerja ye,

Eka paham, dengan keadaan ekonomi sekarang yg USD 1 dolar bersamaan dengan RM4.02, GST lagi, service tax and lain2, pastinya menganggu sistem kewangan keluarga,
Diploma sahaja dah RM20,000 tambah lagi dengan degree 3 tahun, RM42,000 pastinya kita mengambil seumur hidup untuk membayar hutang PTPTN sahaja,
Tambahan lagi, sekarang PTPTN dah xbg loan penuh, 75% adalah maximum, siapa pula yg mahu membayarnya?

baiklah, sambung cerita pasal APEL niey,
Contohnya kalau umur awk skrg dah 27 tahun, biasanya kalau da 23 niey mesti ada yg dah habis degree n master kan?
so apply lah APEL niey utk dapatkan sijil Diploma utk adik2 sambung Degree dekat mana2 university di Malaysia,

kat bawah niey adalah penerangan daripada pihak MQA sendiri,

APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Pastinya tidak ada yang percuma kan? tapi jangan lah risau, harga dia tak ada lah melampau,

BILTAHAPJUMLAH
1 SIJIL & DIPLOMARM 155.00
2 IJAZAH SARJANA MUDARM 250.00


Sila tulis nama dan no. MyKad anda di belakang bank draf tersebut. Sila kepilkan bank draf semasa borang permohonan APEL dikemukakan kepada MQA.

Ini pula bayaran untuk sijil MASTER

Fi penilaian APEL untuk Ijazah Sarjana sebanyak RM370 perlu dikemukakan dalam bentuk bank draf atas nama Agensi Kelayakan Malaysia.

Sila tulis Nama, no MyKad dan perkataan APEL T-7 di belakang bank draf tersebut. 

Hanya calon yang layak dan telah dimaklumkan oleh MQA melalui emel perlu membuat bayaran fi.

p/s - untuk master sahaja perlu menunggu jawapan daripada pihak MQA sebelum membuat bayaran ye,

Sila click yg niey untuk penerangan lebih lanjut ---> Buku garis panduan APEL


okay.. berdasarkan flow chart kat atas niey, perasan x ada EXAMINATION? okay2, jangan gelabah dulu,
Tarik nafas pnjg, (^^,) exam dia xd laa susa sgat,
Kalau nak amek Diploma, susah exam dia mcm soalan PMR je, n kalau nk amek Degree, soalan dia susah mcm SPM, dan seterusnya kalau nk amek Master, soalan dia agak susah sikit macam amek Diploma,

Last but not least!!!! taraaa...........................

Berminat untuk memohon untuk sijil, diploma n degree?

Sila muat turun borang dan hantar permohonan lengkap (2 salinan) kepada pegawai yang dinyatakan di Meja Bantuan MQA. boleh download borang kat sini ---> Borang Pendaftaran

Penghantaran dokumen boleh dibuat melalui serahan tangan atau kurier. 


Berminat untuk memohon Master?


1Borang Pendaftaran (Appendix 1)
2Salinan MyKad yang telah disahkan
3Salinan sijil akademik/Diploma yang telah disahkan
4Transkrip Diploma yang telah disahkan

Pemohon akan dimaklumkan melalui emel berhubung status permohonan. Pada peringkat ini, pemohon belum perlu membuat bayaran fi. Borang Pendaftaran Master

Baiklah.. sampai di sini sahaja lah kisahnya,


~SEMOGA BERJAYA SEMUA~





2 comments: